Kos sara hidup yang tinggi memaksa rakyat berjimat cermat, khususnya mereka yang tinggal di ibu negara.

Kos untuk makanan sahaja mencecah RM10 ke RM15 sepinggan...ia sudah tentu membebankan rakyat.

Namun, langkah kerajaan memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah dilihat memberi sedikit kelegaan kepada kumpulan terkesan khususnya B40.

Dengan harga lima ringgit....mereka boleh menikmati hidangan lengkap nasi tanpa berbelanja tinggi.

Ikuti tinjauan wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di sebuah kedai mamak di Setapak.